Subscribe:

Saturday, December 31, 2011

::PENANGAN USTAZ SELEBRITI DI TAHUN BARU::


Maha Suci Allah Tiada Tuhan selain DIA!!! Segala puji bagi Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasakan satu nikmat yang tidak akan hadir jika dipaksa, satu perasaan yang cukup untuk mengguris kerak-kerak dosa yang menyelaputi dinding-dinding hati lantas membuatkan hati yang setelah sekian lama terkurung dalam kejahilan ini terpecah bagaikan empangan yang melimpah. Satu perasaan takjub apabila melihat lautan umat manusia yang dijangka mencecah 80 000 orang membanjiri Padang Kemerdekaan Shah Alam untuk mengira detik2 pertukaran tahun dengan cara yang jauh lebih bertamadun.

Program Jom Santai Bersama GeMS kali ini membariskan selebriti2 yang meletop kebabow era ini seperti Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda Asyraf, Ustaz Nor Hisyam, Sham Kamikaze, Akill Hayy, Zizan Lawak, dan Dakmie. Ternyata aura Ulama' selebriti seperti Ustaz Azhar Idrus seakan Ombak Rindu yang melanda seluruh Malaysia ketika ini. Ini kali kedua aku dating menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Azhar selepas sebelum ini di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Apa yang lebih menggembirakan apabila rata-rata pengunjung terdiri daripada golongan muda mudi yang sangat bersemangat. Bak kata Imam Muda Asyraf malam itu, ''Hai orang muda, kalianlah Jaisyu Muhammad (Tentera Muhammad)'' yang kemudiannya disahut dengan laungan Takbiiirr!!!. Pihak penganjur hanya menjangkakan sekitar 40 000 orang sahaja akan hadir pada malam tersebut, tapi nyata jangkaan mereka meleset sama sekali apabila jumlah yang hadir adalah 2 kali ganda. (tak boleh kerja kat jabatan kaji cuaca diorang ni..haha). Lupa nak bagi tahu, aku tidak keseorangan dalam majlis ni sebab aku ditemani oleh sahabat2ku akhi Arif Hikmat, akhi Hafiz, akhi Faisal, akhi Abey, dan akhi Safwan. Sempat juga bertemu dengan sahabat2 dari seluruh IPT.

Majlis bermula dengan Santai

Berbeza, sangat berbeza dengan program tahun baru yang lain, program ini bermula dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Dan lebih syiookk apabila Imam Muda Asyraf mengimamkan jemaah. Usai melaksanakan solat, program pun bermula dengan sembang santai yang menampilkan Imam Muda Asyraf dan Mursyid Imam Muda pertama Ustaz Nor Hisham. Nama pun sembang santai kan, perkongsian yang disampaikan memang santai dan menghiburkan. Antara perkongsian kisah-kisah benar yang menarik hatiku:

1) Al kisah tersebutlah kisah 4 orang sahabat yang suka melakukan maksiat. Satu hari mereka merancang untuk me-nekel (perkataan asal:Tackle) seorang gadis untuk dirogol bergilir2. Dipendekkan cerita umpan seorang sahabat pun mengena lantas dia membuat appointment dengan sahabat2nya yang lain di sebuah hotel. Lalu, berlakulah tragedi rogol bergilir2. Sampai giliran peserta bajingan keempat. Dia membuka pintu hotel dan melihat gadis yang terbaring lesu di atas katil sambil menangis yang baru diratah oleh 3 org sahabatnya rupa2nya ADIKnya sendiri. Nau'zubillah (Ustaz Nor Hisham)

2) Kisah kedua merupakan kisah sahabat Nabi (seorang pemuda) yang bernama Tha'labah bin Abdul Rahman (kalau tak silap lah). Satu hari beliau TERlihat aurat seorang wanita bukan Muhrimnya dan kemudian dia merasakan diri telah menanggung dosa sekalian ummat sehinggakan satu hari beliau memencilkan diri di sebuah gua lantaran takut dengan Rasulullah. Rasulullah mencari2 kelibatnya yang telah lama menghilang. Dipendekkan cerita, Saidina Umar menemukannya dan memberitahunya Rasulullah ingin bertemu dengannya. Dia berasa terlalu takut sampaikan tidak makan dan minum hinggalah beliau jatuh sakit. Rasulullah lantas menziarahinya. Baginda meletakkan kepala Tha'labah diatas riba baginda namun Tha'labah mengalihkannya lantas berkata ''kepalaku yang penuh dengan dosa tidak layak untuk diletakkan di atas riba seorang Rasul mulia'' lalu dia mengucap dua kalimah syahadah dan meninggal di riba Rasulullah. Dipendekkan cerita lagi, satu hari Rasulullah pergi ke pengkebumian Tha'labah dalam keadaan berjalan berjingkit. Lantas sahabat bertanya mengapa Rasulullah berjalan seperti itu. Baginda pun bersabda. ''Sesungguhnya kamu tidak melihat, tapi aku melihat begitu ramai Malaikat yang datang mengahadiri pengkebumian Tha'labah tanda Allah telah menerima taubatnya''. Itu baru TERlihat. Kita??

IM Asyraf vs Mursyidnya

HIBURAN YEAAHHH!!!

Selepas solat Isyak secara berjemaah, kini giliran para artis beraksi. Antara yang menggegarkan pentas pada malam itu adalah Shahir, Sham Kamikaze, dan Dakmie. Fuyooohh...mantap2 lah. Paling best apabila Shahir menyanyikan lagu barunya yang baru disiapkan oleh komposernya Sham Kamikaze malam sebelum konsert ini berlangsung. Kool. Maka bergandinglah mereka berdua dalam lagu ''Aku yang Berdosa''. Fullamak, best gila lagu ni. Sham pun goreng baek punya. Lepas tu Dakmie pula beraksi. ''Aku tak pandai sembang, so kita nyanyi je''. Padahal lawak jugak dia ni. Dia bersama Sham membawakan lagu otai rock dan lagu Adamaya. Memang layan weyh. Yang penting lirik2nya didedikasi khas untuk Allah dan RasulNya. 

Lagu baru Shahir feat Sham
''Padamu akau bersujud'' membuka tirai

HERO DAH SAMPAI!!!

Itu dia.Hero sudah sampai. Kemunculan Ustaz Azhar Idrus mengundang suasana gawat gamat dan disambut dengan laungan Takbir berulang-ulang kali. Mengalahkan aura seorang Artis. Setiap gerak gerinya menjadi perhatian orang ramai. Ini yang kita nak, Ulama' lebih dihormati berbanding artis. Bertambah mantap lagi apabila Zizan memberi salam dan muncul dari arah belakang pentas. Bayangkanlah, apabila 2 'plawok' di satukan dalam satu pentas.Bertambah riuh suasana. Namun ustaz tetap kool dan menunjukkan dia bukan plawok biasa seperti Zizan, tapi bakat lawaknya digunakan untuk menarik anak muda untuk mencintai majlis ilmu berbanding majlis maksiat. Buktinya, hampir 70 % yang hadir malam itu terdiri daripada orang muda. Yang pakai jubah ada, pakai serban ada, pakai seluar jeans ada, yang mat Rock pun ada. Alhamdulillah. Allah menghantar seorang Ulama' berjiwa muda yang mampu menarik Jaisyu Muhammad ini. Rasanya tak perlu aku menceritakan lawak2 yang hampir membuatkan rahang aku krem sebab kalau aku cerita memang takkan lawak. Kita nantikan saja terbitnya video penuh program ini. Tapi ingat, lawak itu hanya tarikan, yang paling penting ilmu yang disampaikan dan dakwah terus berkembang. Awal slot Zizan berkata, ''Hidung kita (Zizan n Ustaz) sama'' Ustaz membalas ''Hensem aku lagi''. Zizan berkata lagi, ''Ada muka Aaron Aziz tak? (puji diri)'' Ustaz membalas, ''Ada muka Aziz Satar''. Haha. Pendek kata kedua2nya saling berbalas pantun lawak. Sebenarnya Zizan berperanan sebagai pembantu Ustaz untuk membacakan soalan-soalan agama kepada Ustaz untuk dijawab. Dan soalan-soalan memang sangat lawak dan merepek. Sekali lagi ustaz bersikap kool dan menjawab setiap soalan dengan bijak dan lawak. haha. Ada yang ingin bermenantukan ustaz, ada yang tanya berapa meter kereta ustaz waktu pintas dia pada pukul 3 pagi di lebur raya LPT dengan kelajuan 180 km/jam dan banyak lagi lah. Paling best apabila Zizan mencabar Ustaz Azhar bermain gitar letrik Sham. Zizan memang pandai main. Pada mulanya, aku ingatkan Ustaz tak pandai main, rupa2nya dia juga pandai goreng. Terbaiklah ustaz. Memang Ustaz serba boleh. Patut ramai anak muda minat kat ustaz. Sangat sporting. Slot seterusnya ialah game tiru gaya ustaz di atas pentas. 6 orang bertuah terpilih dalam game ini. Macam-macam ada. Ada pak cik terketar2. Ada yang semangat gila weyh. Rugi pulak tak try sebab semua mereka mendapat cenderahati dan telefon sebijik seorang.

Gandingan Mantopp!
Bila Ulama' beraksi
Sempat lagi 'buli' Zizan ambil gambar
Video tak kualiti sangat.Still, enjoy it.

USTAZ LEBIH 'HOT' DARIPADA ARTIS

Slot terakhir sementara menanti detik 12 malam adalah persembahan Shahir dengan lagu Kebahagiaan dalam perpisahan dan juga Akil Hayy yang membawakan 2 lagu termasuk lagu Hambamu (duet dengan penonton).
Apa yang menariknya, tamat saja sesi bersama Ustaz tadi, ramai yang berdiri seakan2 ingin beransur pulang tidak menghiraukan sangat artis yang menyanyi di depan. Risau dengan keadaan itu, pihak penganjur berkata melalui mikrofon. ''Ustaz Azhar akan bersama kita dalam slot terakhir dan mengimamkan bacaan doa akhir tahun''. Saat itu, orang yang dah berganjak keluar tadi kembali ketempat masing-masing dan duduk tanpa perlu dipaksa. Wow, auranya mengalahkan artis. Itulah yang kita mahu, Ulama' menjuarai carta hati masyarakat. Bukan lagi artis.

Akil Hayy feat penonton~Hambamu
Penuh Weyh!!!

Untunglah, aku dapat duduk depan

Dikhabarkan, yang belakang2 tu tak dengar speaker

Ni pulak antara ilmu yang aku sempat perolehi dari sesi soal jawab agama bersama Zizan & Ustaz Azhar
1. Apakah Hukum sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan: !@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....

2. Apakah hukum main bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata...

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan... kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...

5. "Isteri kena hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan juga hiburkan hati suami...dll...

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah...

7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
--> Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...

9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....

10. "Saya suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite 'tak sihat'...=)

11. "Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...

12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...

13. "Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)...

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh..


AKHIR KALAM

Akhir sekali, 2 minit sebelum jam 12, semua hadirin melaungkan nasyid Asma'ul Husna beramai-ramai. Orang semakin mara kehadapan berhimpit-himpit untuk rapat bersama Ustaz dan yang lain-lain di pentas. Tiada Bunga Api, tiada laungan countdown dan yang pastinya tiada perangai tidak bertamadun. Yang ada hanya kalimah Allah, Allah dan Allah. Selesai mengimamkan doa, Ustaz Azhar melaung sekuat hati TAKBIRR!!! dan disahut dengan kalimah AllhuAkbar dari seluruh pengunjung dan mampu menggegarkan Shah Alam pada malam itu. Dan mungkin juga boleh kedengaran oleh kawan2 yang tengah bersorak-sorai di I-City Shah Alam. 

Bersama sahabat2

Semoga Allah memberkati kita semua. Amin

Program ini sememangnya satu pengalaman yang cukup manis dan indah. Kali pertama menyambut tahun baru diluar rumah. Melihat gerombolan manusia (dah macam naik haji dah) yang ingin menyambutnya dengan cara Islam dan bertamadun. Sudah bosan dengan cara Jahiliyyah yang lama. Dengar kata, di I-City hanya sekitar 1000 orang saja yang ada. Wallahu'alam. Semoga kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan tergolong dalam barisan-barisan utama tentera Nabi Muhammad, tentera Islam dan tentera Allah. 

SELAMAT TAHUN BARU 2012



Rumah Desa Siswa
BB Bangi Selangor
1/1/2012
1.20 pm



Thursday, December 29, 2011

::WUJUDKAH TUHAN??::

ALHAMDULILLAH... rasa bersyukur yang teramat kerana masih dikurniakan pelbagai nikmat yang tidak kan mampu terhitung banyaknya. Aku terus bersyukur lagi dan lagi setelah baru menyentap menjamah cucur ikan bilis Adabi yang dimasak oleh akhiku Hafiz. teringat lagu masa kanak-kanak riang dulu. ''Kami dah pulang emak buat cucur, mudah saja tambah air..adun sebati bla bla bla... tepung cucur adabi rasanya....'' haha. Tadi selepas solat subuh aku bercadang mengarut mengarang entri untuk blog terchenta ini, tapi apakan daya perut kenyang senang hati. Terasa berat pula ingin kuteruskan. Tapi niat tetap akan diteruskan. Jadi boleh tak kawan-kawan yang comel bagi cadangan macam mana nak selesaikan isu ni?? hmm.... kopi copy paste milo nescafe lah jawabnya. Takpe, yang penting copy paste ini memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya tuan empunya diri. Artikel ini adalah artikel TERBAIK dari kebun yang aku pernah baca. So, bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.kalau dah pernah baca, lantaklah, suka hati akulah nak kongsi. hahaha

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.


Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.


“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.


Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.


“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.


“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.


“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.


“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.


Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.


“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.


“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.


“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.



Tak bertemu Allah, jadilah macam saya. hidup kusut!
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.


“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.


“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.


“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.


“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.


“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. 
Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.



Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.


“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

Kenal dan cinta Allah, jadilah hensem mcm saya. mioowww

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.


“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Wednesday, December 21, 2011

::Mendaki Tangga-Tangga Langit::


Bagaimana ingin aku memulakan cerita kali ini? Dimana-mana kita akan membaca perkembangan terbaru mengenai tindakan 'berani' seorang pemuda iaitu Adam Adli yang telah berjaya 'menggulingkan' Dato' Najib di perkarangan PWTC. Tindakan beliau mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat Malaysia. Dan secara pantasnya, beliau telah berjaya menjadi selebriti dalam masa yang begitu singkat. Tahniah. Yang peliknya isu kecil sebegini menjadi bahan 'hangat' untuk 'diperjuangkan'. Ia melibatkan maruah kata mereka dan tidak beradab kononnya. Isu penghinaan terhadap hukum Hudud tidak pula dikisahkan. Kisah saudara lelaki kita yang berkahwin dengan lelaki barat di Dublin tidak pula dibangkitkan. Tapi kisah bendera diturunkan selama 5 jam minit tu pula yang di'melodi'kan. Bahkan ia semakin 'fuhhh' dengan penampilan watak antagonis yang melakonkan watak 'panglima ludah melayu' yang dengan penuh semangat waja ingin meludah wajah mahasiswa lantas berlaku 'perang' multimedia antara panglima2 itu dengan panglima2 mahasiswa.

Semua ini bermula dengan gerakan Demontrasi Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berlangsung pada 17 Disember 2011.(aik, serius bang??) Cerita ini hanya sebagai muqaddimah kerana aku hanya ingin meng-tinggicahaya-kan (highlight) tarikh keramat tersebut. Disaat Mahasiswa lain berada di jalan berdemonstrasi, aku dan sahabat Insaniah yang lain memanjat tangga-tangga langit (daki bukit lah tu). Bukit yang telah ditawan kali ini adalah bukit Broga yang terletak di Semenyih Selangor dan mempunyai 4 puncak utama sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan. Oleh itu kawan-kawan yang comel sekalian, kita lupakan sejenak isu yang berlaku diatas. ianya masalah negara. Agak berat nak cerita. Sekarang fokuskan mata anda sampai juling dihadapan skrin komputer/lappy anda kerana kita akan mengembara mencari erti dan pengertian disebalik pendakian bukit kali ini. Pertama sekali, program ini dinamakan sebagai Rehlah Brotherhood. Oleh kerana ada akak-akak ayu kita join sekali, maka ia juga dikenali sebagai Sisterhood. Jangan Robinhood sudahlah. Baiklah, selepas solat subuh di sebuah surau ditepi jalan, rombongan kami terus menuju ke kaki bukit untuk melakukan sedikit regangan dan mendengar serba sedikit taklimat ringkas. (macam laporan aktiviti sekolah menengah pulak). Pada mulanya pendakian kami bersifat teamwork, saling menunggu dan memberikan semangat sesama sendiri untuk meneruskan pendakian. Tapi disebabkan jalan jem (mcm jem strawberi) sebab ramai sangat orang nak daki bukit hari-hari cuti macam ni, maka kumpulan kami terpisah, abang-abang yang panglima gagah terus memecut dihadapan, manakala akak-akak yang bersopan-santun ketinggalan. Aku sempat memberikan semangat kepada beberapa akak yang hampir putus harapan asa untuk meneruskan perjalanan. Namun akhirnya semua hampir semua berjaya sampai di puncak. Bahkan disebabkan begitu ghairah teruja, beberapa pendaki termasuk taiko (Ustaz Fazli) berjaya sampai ke puncak ke-4 iaitu yang tertinggi di Broga. (yeahh, bangga sikit2).

Yang paling menyentuh jiwa dan sanubari ialah kami berkesempatan menunaikan haji solat Dhuha di puncak yang kedua. So sweet. Pengalaman yang cukup indah untuk bertemu pencipta segala keindahan di atas bukit yang sungguh indah. Nak menangis pun ada. Tapi ramai sangat awek, tak macho lah kan. hehe. Wahai kawan-kawan ku yang kiut miut, tahukah kita bahawa kita boleh mengerjakan solat dengan memakai kasut? sebab ia pernah dilakukan oleh Rasulullah kesayangan kita. ni Hadith Nabi yang menyebutnya:

Amir bin Syu'aib menerangkan bahawa datuknya (yang hidup di zaman Nabi SAW) telah berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat adakalanya dengan tidak berkasut dan adakalanya dengan berkasut

Solat Dhuha

Jangan tengok tempat lain tau.hehe

DISINI JALANKU

Semasa berada di puncak yang kedua juga, Ustaz Fazli sempat memberikan sedikit peringatan (tazkirah) agar kita sentiasa bersyukur dan melihat segala kejadian di sekeliling kita sebagai pengajaran yang mendekatkan diri kita dengan Allah. (kan dah kena tazkirah kt atas bukit). Aku pun melihat alam sekeliling yang cukup indah dan cuba memikirkan apakah pengajaran yang boleh diambil dari semua ini?? Aku pun memulakan pengembaraan mencari makna cinta Allah di kaki bukit tadi. Perjalanan kami semasa mendaki bukit tadi sangat memenatkan. Banyak cabaran dan ujian ketika dalam perjalanan. Cabarannya sudah tentu kepenatan dan kadang kala hampir terbit rasa putus asa. Ujiannya pula dengan godaan nafsu. Sudah tentu ia sangat menguji jiwa seorang lelaki apabila rata-rata pendaki wanita cina (melayu pun ada) memakai pakaian yang sungguh s***i. (cencored lah konon). Jalan yang perlu di ambil sangat berliku. Bekalan yang dibawa semakin habis. dahaga memang dahaga. Aku perlu bertanya pada diriku, kenapa aku perlu berpenat lelah sebegini. Baik aku duduk goyang kaki dirumah saja. Rupa-rupanya apabila telah sampai di puncak, barulah aku sedar segala kepenatan itu hilang dengan keindahan dan ketenangan berada disana. Aku boleh berehat dengan lama. Kisah perjalanan ini aku cuba kaitkan dengan sisi sebuah kehidupan.Persis (bahasa indon). Hidup ini juga turut melelahkan. Jalan dakwah yang aku lalui juga tidak mengenal erti rehat. Penuh dengan jalan berliku, cabaran, dugaan, godaan dan ujian. Yang kadangkala menuntut deraian air mata menjadi saksi. Sehingga hati turut meraih rasa putus asa dan kecewa. Satu hari aku juga pernah bertanya kepada diriku, ''kenapa aku perlu merasai semua ini??''. Rupa-rupanya ia akan terjawab dengan keindahan syurga yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya yang berjalan di laluan yang benar. Biarlah diri ini penat dan lelah. Biarlah airmata dan peluh menyuburkan bumi. Kerana aku yakin ada yang menanti dipenghujung jalan ini. Sungguh agung ibrah yang diperlihatkan Allah buat orang yang melihat dengan mata hati. 

“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (AR Ra'ad:3)

Aku gayat wooo

cantik tak?? SubhanAllah
Selesai sudah kisah tacing-tacing. Sesudah puas merayau-rayau di Bukit Broga, rombongan kami pun berangkat ke Sungai Tekala untuk bersantai sambil makan tengah hari sebab perut pun dah lapar. Sesampai saja disana, bibir sekali lagi tidak henti-henti menyebutkan kalimah suci Allah. Betapa takjubnya dengan keindahan alam yang sentiasa terjaga oleh DIA yang tidak pernah tidur dan mengantuk. Sejuk air sungai cukup meredakan kepenatan mendaki bukit. Sambil berendam, sempat lagi kami berbual mengenai Islam secara slumbernya. Ustaz juga memberikan sedikit pencerahan mengenai program ini. Ustaz turut mencadangkan agar selepas ini, makan biar dalam satu talam (suap-menyuap~so sweet). Ianya adalah untuk mengertakan silaturrahim antara kami. Mungkin pengisian ukhuwah kali ini tidak begitu mantap. Jadi lain kali, kalau ada rezeki, pengisian ukhuwah itu akan dititikberatkan. Semoga ada program Rehlah susulan lagi selepas ini. 

credit picture: Asyhraf Photography

Pilih2 bakal menantu/suami

sejuk gileww

akak-akak yang aku ceritakan

Spiderman???

Peliharalah sungai kita. peace

Laluan Kehidupan


                                                                          Video pulak





Rumah Desa Sentosa
BB Bangi
1.19 am
22/12/2011

Sunday, December 11, 2011

::IJTIMA' DA'IE (KONFERENS DAI'IE)::

Agak lama aku tidak bergurau senda, berkasih sayang dengan blog tercinta ini. Cuma mampu menatap wajahnya dan sempat mengubah sedikit rupanya. mungkin kali ini Feng Shui nya lebih baik. ''kenapa encik kucing dah tak pernah menegur cats, encik kucing dah tak sayang cats ke??'' Satu hari angry cats yang kiut bila marah meluahkan perasaan yang telah lama terbuku dihati. (kalau anda percaya cerita ini, maka anda pun sama senget macam aku~hehe). ''bukan abg tak sayang kt cats, tapi abg sibuk sangat'' (jika anda muntah sebab geli, makan balik muntah tu~hihi).

                                

Begitulah nak dikhabarkan kawan-kawan. Bila tak dapat update blog, alasan malar adalah disebabkan kesibukan (padahal, hari2 hadap fb). apapun, aku tetap akan berusaha untuk berkongsi perkara yang boleh memberikan manfaat bersama agar tidak sia-sia anda singgah di blog kucing marah ini. 10 Disember 2011 sejarah telah tercipta apabila aku dan rakan-rakan kepimpinan Kelab Insaniah telah menyertai program Ijtima' Dai'e atau bahasa orang kampungnya Konferens Dai'e yang menghimpunkan para pendakwah muda dari pimpinan persatuan Mahasiswa yang terdiri daripada:
  • ISIUKM, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • SPMM, Universiti Sains Islam Malaysia 
  • PMI-UPM, Universiti Putra Malaysia
  • PPI-UNITEN, Universiti Teknologi Nasional
  • ALAM, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • BADAR, Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur
  • PPI-GMI, German-Malaysian Institute
  • INSANIAH, Kolej Poly-Tech MARA Bangi

IKHWAH

AKHAWAT

Persidangan ini dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di dewan seminar Masjid UKM. Pertemuan selama hampir sehari ini berjaya dimanfaatkan oleh seluruh warga peserta dalam membincangkan segala permasalahan serta mehnah tribulasi yang berlaku dalam gerakan dakwah  sesuai dengan waki' (keadaan) kampus masing-masing. Terasa satu hari tidak cukup untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan ilmu memandangkan setiap kampus menghadapi kekangan-kekangan yang berbeza antara satu sama lain. Dan yang paling osemnya apabila kampus KPTM menjadi kampus yang paling hangat dalam sesi pembentangan apabila soalan bertubi-tubi dan dengan ghairahnya diajukan kepada kami. Al-maklumlah, banyak cerita mengejutkan datang dari kampus kami sehingga ada yang terbeliak biji mata dek terlalu terkejut (~tipu, jangan percaya). Bukan ingin membuka pekung didada, tapi itulah hakikatnya ceritera sebuah IPTS yang menghimpunkan adam dan hawa dalam satu asrama yang sama. (kan betul, nak terkeluar biji mata korang kan?? hihi). Takkan lah KPTM sama dengan KUIS apatah lagi USIM? memang jauh berbeza. Tapi aku suka bila pelajar KUIS berkata dalam pembentangannya bahawa Dakwah yang sebenar akan berlaku ditempat yang susah dan paling mencabar, bukan di tempat yang mudah lantas memberikan kami semangat bahawa dalam gerak kerja dakwah, bukan suasana yang menjadi taruhan, tapi usaha dan keikhlasan yang menentukannya (yeaah). Logik sebab dakwah para Rasul, Nabi dan sahabat berlaku ditempat yang sangat mencabar. memang betul-betul mencabar hingga kita tidak mampu membayangkannya. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Al-Ankabut 1-2:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Terlalu banyak resolusi yang dikongsikan pada pertemuan bersejarah ini. Aku ada buat catatan, cuma malas mahu menyusunnya menjadi satu skrip tersusun sebab aku tengah menunggu dokumentasi yang direkodkan oleh tuan rumah berkaitan segala isi perbincangan dalam konferens ini. Jadi, sama-sama kita tunggu emel tersebut barulah aku kongsikan. What? tak nak baca? Lantaklah... haha... anda rugi sebab konferens ini turut dihadiri oleh Presiden ISIUKM merangkap setiausaha GAMIS dan Presiden SPMM merangkap Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS yang dengan mantopnya memberikan sedikit pencerahan dan kata-kata yang cukup merangsang memberangsangkan. Aku sangat salute dan tabik spring (toink..toink..) dengan delegasi dari pimpinan SPMM USIM kerana persatuan mereka bukan sahaja menarik dari segi nama (Seketariat Pendakwah Muda Malaysia), tapi juga membawakan satu ideologi dan aspirasi yang sesuai dengan jiwa aku. Pendekatan mereka mesra mad'u dan sasaran dakwah mereka dipelbagaikan mengikut kehendak mad'u itu sendiri. Mereka tidak terikat dengan sistem yang tetap, namun cukup fleksibel. 

(banyak lagi nak type, tapi dah ngantok sangat dah)

Konferens ni sangat osem dan encik kucing berharap ada rezeki lagi untuk menyertai konferens yang akan datang. Kalau boleh dari U seluruh Malaysia baru best. Agak sedih sebab ikhwah-ikhwah tercinta dari RUHIS UniKL-MFI tidak dapat turut serta memandangkan mereka tengah cuti sem.

Apapun yang berlaku, aku akan tetap berada dijalan dakwah ini kerana aku percaya satu Hadith Nabi

"Siapa yang menyebut kalimah Lailahaillallah MuhammaduRasulullah. Dia adalah PENDAKWAH''

jadi, semua kita adalah pendakwah dan Al-Quran menyebut setiap amanah kita akan dituntut di akhirat kelak. Anda bagaimana??

Aku ada sertakan sedikit gambar2 yg aku curik amik dari page ISIUKM.

antara peserta muslimah

serba putih tu adik usrah yg comel~haha

sori bro, muka tak semanis bro~

sesi pembentangan yg hangat~





Rumah Sewa Desa Sentosa
BB Bangi Selangor
12.22 am
12/12/2011







Wednesday, October 26, 2011

::PELAMINKU BERKALANG NODA::

CERITA YANG MENYENTAP JIWA
Cuaca pagi ini agak sejuk kerana semalam hujan turun dengan lebat sekali. Tidak hairanlah jika aku menarik selimut semula selepas mengerjakan solat subuh tadi. Godaannya terlalu hebat. Kini, jarum sudah menunjukkan jam 7 pagi. Cahaya mentari pecah berkeping-keping dan mencuri masuk melalui jendela bilikku. Aku lantas bangkit dan mengemas tempat tidur sebelum masuk ke dalam bilik air. Jarang aku bangun seawal ini pada musim cuti semester sebegini. Tapi ada urusan yang perlu aku selesaikan pagi ini. Selesai bersiap, aku duduk di ruang tamu dan membuka tv. MHI. Topik perbincangan pagi ini agak menarik perhatianku.


Masalah remaja yang tidak pernah menemui jalan penamat. Malah semakin menyesakkan masyarakat yang kian tenggelam dalam gelombang kebejatan sosial. Aku mencapai buku Engkau Memang Cantik karangan Burhan Sodiq. Buku yang membicarakan perihal wanita. Kenapa aku pula yang sibuk membacanya. Aku tersenyum sendirian. Aku cuma menyelak beberapa muka surat. Sekadar melihat-lihat sahaja tanpa niat untuk menyambung bacaan. Tiba-tiba aku terjumpa kad kahwin di dalam buku itu. Mataku yang sepet sedikit terbeliak melihat nama pengantin yang tertulis di atas kad itu. Bukankah perempuan ini jiranku yang baru berumur 16 tahun? Dan lelaki ini betul-betul tinggal di hadapan rumahku yang baru menjangkau usia 21 tahun? Emak yang keluar dari dapur sekadar mengiyakan dan mula membuka cerita yang belum aku ketahui walaupun sudah 2 minggu bercuti di rumah. Rupa-rupanya ahad ini merupakan majlis resepsi bagi pengantin perempuan setelah mereka berdua di akad nikah 3 minggu yang lepas. Apa sudah jadi? Ternyata ada cerita disebalik semua ini. Pelamin ini akan dinaiki oleh 3 orang, bukan 2. Orang yang ketiga itu pasti tidak mengetahui apa-apa.

HARAPANKU JUGA SEPERTI IBU YANG LAIN

''Siapa yang buat macam ni dekat kau?'' Mak Cik Aida (bukan nama sebenar) menggoncang badan anak gadisnya. Air matanya sudah tidak dapat tertahan lagi. Suaranya dapat didengari diseluruh sudut rumah. Emosinya tidak lagi menggambarkan dirinya yang sebenar. Emak dan semua yang ada disitu cuba mengawal tingkah Mak Cik Aida yang seperti dirasuk syaitan. Ain menggeletar ketakutan. Mukanya pucat. Dia menyebut nama lelaki yang membuatkan suasana menjadi semakin diracau rasa kecewa. Mak Cik Aida kemudiannya bersandar didinding rumah. Seakan kekuatannya telah direnggut, seolah-olah dunianya menjadi terlalu gelap dan semakin menghimpit dirinya ke satu sudut yang sempit. Mak menghentikan ceritanya disitu. ''kesian dekat Mak Cik Aida.'' Ada sedikit keluhan di hujung ayat yang mak tuturkan. Aku masih teringat lagi satu ketika dahulu Mak Cik Aida dengan bangga dan penuh pengharapan mengatakan bahawa satu hari nanti kedua-dua anak perempuannya itu akan berjaya dalam pelajaran dan bakal dilamar oleh pegawai berjawatan tinggi. Tapi kini, dia sedar harapannya itu tinggal harapan setelah anak sulungnya sendiri yang membuat harapan itu hancur lebur. Bertambah sedih lagi apabila orang disekeliling menjadi pengulas cerita dan mula melabelkan dia sebagai ibu yang tidak pandai mendidik anak sendiri. MashaAllah. Inilah sikap masyarakat kita. Bukannya membantu meringankan beban orang lain, bahkan beban itu semakin diasak dengan pelbagai tohmahan dan cemuhan. Kalau kena batang hidung sendiri barulah mereka tahu langit itu sememangnya tinggi tak tercapai.


Satu sikap Mak Cik Aida yang aku kagumi adalah kemampuannya untuk merawat hati yang telah dirobek dan dicalar. Biasanya, ibu bapa yang tidak mampu menghadapi kenyataan akan membuang anak mereka dari keluarga, tidak mengaku anak atau sekurang-kurangnya menyuruh agar anak yang dikandungkan itu digugurkan. Tapi Mak Cik Aida begitu tabah dan mula berfikir seperti seorang ibu kerana dia sedar apa yang telah berlaku telah ditakdirkan untuk keluarganya. Kenapa perlu melakukan kesilapan lagi setelah kesilapan lampau telah menghantui? Dia lantas bertemu dengan keluarga lelaki tersebut dan hasil perbincangan, maka lafaz sakinah pun bergema sebagai tanda terbinanya sebuah lagi masjid. Dan sudah pasti, setiap ibu dan bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Mak Cik Aida berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan majlis perkhawinan anak sulungnya itu semeriah majlis perkhawinan anak orang lain. Dia juga menyimpan hasrat untuk melihat anaknya menjadi raja sehari walaupun dia sedar dia tidak mampu menutup mulut-mulut pihak yang suka bercakap. ''Aku juga seperti ibu-ibu yang lain. Ada menyimpan harapan dan impian sendiri.'' begitu sayu Mak Cik Aida menuturkan kata-kata. Dan ternyata, majlis perkahwinan Ain dan suami berlangsung dengan meriah seperti hari bahagia orang lain. Cuma bezanya, pelaminnya dikongsi oleh 3 insan. Pada majlis tersebut, aku sempat melihat ada sedikit rasa kecewa dan sedih yang tidak mampu disembunyikan di raut wajah seorang ibu yang telah memasang angan-angan bermenantukan pegawai tinggi sedangkan anaknya yang masih mentah itu begitu gembira di atas pelamin bersama seorang penganggur seakan-akan tidak mengerti apa-apa. Kalau aku berada di atas kaki Mak Cik Aida, sudah tentu aku juga akan menjadi sepertinya. Ibarat tangan diikat ke langit, kaki dipasak ke bumi. Percayalah Mak Cik Aida, Allah telah merancang sesuatu untuk mak cik dan keluarga mak cik atas kejadian yang berlaku ini. Dan ingatlah, perancangan Allah sentiasa yang terbaik.

JADILAH MASYARAKAT YANG MENYOKONG,BUKAN MENGONGKONG

Berbicara mengenai sikap masyarakat kita membuatkan aku sering menggeleng kepala. Tidak pernah berubah. Kalau bab hukum hakam memang kita selalu menjadi juaranya. Ramai daripada kita yang begitu pandai menghukum, tapi terlalu sedikit di kalangan kita yang benar-benar ingin membantu golongan yang tersesat jalan ini untuk menemui jalan pulang. Berani aku katakan, kebanyakan kes-kes seperti zina, mengandung anak luar nikah, dadah dan gejala-gejala lain berlaku dikalangan orang melayu yang beragama Islam. Bukan niat untuk mengaibkan mana-mana pihak, tapi itulah hakikat yang berlaku disekeliling kita. Oleh itu, kita sebagai satu komuniti yang hidup bermasyarakat haruslah memainkan peranan yang bijak dalam menangani kes-kes seperti ini. Setiap individu itu bertanggungjawab untuk menjadi kaunselor kepada anak-anak bangsa dalam mendidik mereka dengan nilai-nilai yang terpuji. Apabila dikatakan peranan setiap individu, kita perlu membicarakan cara dan pendekatan yang diguna pakai untuk berhadapan masalah seperti ini. Kita perlu sedar, anak-anak remaja yang melakukan gejala sosial ini juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, jangan kita melayan mereka seolah-olah mereka tidak ada peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan lampau. Seolah-olah mereka sudah tidak layak digelar manusia. Disebabkan sikap beginilah ramai di kalangan kita khususnya pihak keluarga yang tidak sanggup menerima hakikat sehingga golongan remaja ini kehilangan punca dan mulalah mereka melakukan perkara-perkara diluar batas kemanusiaan seperti membunuh anak yang baru dilahirkan. Ketahuilah, golongan ini memerlukan sentuhan kasih sayang daripada orang yang mereka percaya. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan. Golongan ini perlu dibantu dengan keajaiban kasih sayang, bukan herdikan, cacian atau makian. Manakala, seluruh masyarakat perlu menyedari bahawa semua masalah ini mampu diatasi sekiranya kita kembali ke fitrah yang sebenar iaitu Islam. Andai Islam itu benar-benar dihayati dan dipupuk sebaik-baiknya di dalam diri setiap anak-anak, sifat cinta kepada Allah ditanam dalam jiwa mereka, percayalah masyarakat kita akan selamat dari segala ancaman luar. Akhir kata, jadilah kita orang yang benar-benar meringankan beban masyarakat, bukannya seperti menabur garam pada luka yang sedia ada.


“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Wallahu’alam….




Rumah tercinta
Tawau Sabah
4.39 pm
26/10/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...