Subscribe:

Saturday, February 16, 2013

::Antara Azan dan Solat::

Jarak antara kehidupan dan kematian seorang insan itu sangat singkat. Cuma sekadar diantara azan dan solat. Ketika dilahirkan ke dunia, kita diazankan/iqomah. Dan saat ingin berangkat ke alam sana, kita disolatkan. Ya, sangat singkat! 


Maka apa yang kita lakukan di saat ini?
''Tiap-tiap manusia akan merasai kematian, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan'' -Al-Anbiya:35



Ramainya manusia yang masih tidur. Jom kita kejutkan diri kita. Sesekali menghadiri program yang mengingatkan kita kepada kematian sangat baik untuk kesihatan rohani kita. Baru-baru ini aku menghadiri Kursus Pengurusan Janazah anjuran Pusat Pengajian Al-Quran Tahsin Tilawah Bestari di Bandar Baru Bangi. Kursus ini diadakan selama 2 hari yang meliputi teori, praktikal mandi, kafan dan mengebumikan janazah di dalam lubang liang lahat yang betul. Terlalu banyak ilmu yang aku pelajari dalam kursus ini kerana penyampainya Ustaz Md Tahir Md Yusof merupakan seorang yang sangat berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang ini. 

Trivia mengenai Ustaz Md Tahir:
  • Pernah menjadi imam, pegawai agama di JAIS 
  • Pernah memandikan janazah Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan para Sultan serta kerabat diraja. 


Banyak yang ingin aku kongsikan, tapi beberapa perkara ingin aku tekankan disini untuk peringatan kita bersama.

1. Sebutan sebenar untuk mayat adalah Janazah bukan Jenazah.
2. Haram kita membuat sebarang binaan seperti tembok pada kubur melainkan ianya tanah persendirian kita.
''Dari Jabir ra. katanya: 'Rasulullah s.a.w telah melarang daripada menyapu kubur dengan kapur (untuk menghiasinya) dan daripada menulis (pada yang ada) di atasnya, daripada mendirikan binaan diatasnya dan juga memijaknya (atau berjalan diatasnya) -At-Tirmizi
3. Dibenarkan meletakkan batu nisan sahaja dan tumbuhan renek kerana ia akan bertasbih.
4. Sebaiknya yang memandikan jazanah adalah yang rapat kpd si mati seperti anak2 atau suami isteri sepertimana Saidina Ali memandikan janazah isterinya Saidatina Fatimah dan seperti Asmak binti Amis memandikan janazah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
5. Dilarang melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyakiti janazah kerana mereka masih boleh merasa kesakitan ke atas tubuh mereka.
6. Kaum perempuan DILARANG pergi ke kubur semasa proses pengkebumian walau dengan alasan ingin menghantar keluarga untuk saat terakhir. Duduk rumah baca yasin/doa lagi bagus.


Sebenarnya banyak lagi ilmu yang aku dapat terutamanya memandi, mengkafan, dan mengebumikan janazah. Banyak perkara yang masyarakat kita terlepas pandang ke atas perkara yang menyebabkan orang yang kita sayangi menerima akibat di alam sana. Tuntutlah ilmu sebegini kerana banyak hikmah yang akan kita ketemui terutamanya kesedaran yang mengetuk kepala kita yang dah lama sangat mabuk dunia ini.


Kredit Foto: TahsinTilawahBestari



Teratak Cemara
Bandar Baru Bangi
16 Februari 2013
7.26 pm

 

Love to hear what you think!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...