Subscribe:

Friday, May 11, 2012

:: Result dan Dakwah ::

Baru 2 hari aku menjejakkan kaki ke bumi di bawah Bayu ini... Aku mendapat khabar berita yang hampir saja meledakkan satu letupan di dada. Di ruangan Facebook orang sibuk bercakap mengenai keputusan peperiksaan akhir semester masing-masing yang baru saja diumumkan. Ada yang mengucapkan syukur, ada yang berpuas hati, ada yang kecewa dan tidak kurang juga yang langsung tidak kisah. Aku hanya mampu menatap skrin sambil tangan begitu teragak-agak untuk melawati laman pencarian untuk memeriksa keputusan ku. Aku juga ingin ambil bahagian dalam pesta ini. Tapi aku cuba menahan diri daripada berbuat demikian.

Aku menutup laptop dan terus saja aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat. Ya, aku pasti itu lebih utama buat masa ini. Sepanjang waktu berikitikaf di Masjid Wilayah Tawau, aku tidak putus-putus berdoa kepada Rabbul Izzati untuk memberikan ketenangan buat diriku. Tambah-tambah lagi beberapa sms yang mengasak aku dengan seribu satu perasaan. Sms mengucapkan tahniah mula aku baca satu persatu. Ada juga yang datang dari pensyarahku. Aku tidak begitu pasti dari mana mereka tahu mengenai keputusanku yang aku sendiri belum mengetahuinya. Tambah lagi hanya aku yang tahu password dan username. Semakin menambah ketakutan sudah pastinya. Aku tetap bertenang dan mematikan terus telefon apabila azan pertama mula berkumandang. Kini aku serahkannya bulat-bulat kepada Allah seperti mana yang aku lakukan beberapa bulan lepas semasa aku ingin menduduki setiap satu kertas peperiksaan. Aku yakin pada ayat Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Aku yakin, usaha dalam mengejar ilmu Allah itu tidak terbatas di ruang kecil bilik kuliah semata-mata. Tapi ia menjangkaui pengertian yang lebih luas. Aku sedar kesibukan sering saja menjadi keterbatasan utama yang menghimpit aku dengan masa untuk belajar. Sehingga pernah ada orang berkata kepadaku dalam nada yang aku reka namun maksudnya tetap sama ''Kau ni sibuk-sibuk berprogram, ko tak takut ke study kau drop?'' dan banyak lagi sebenarnya pendapat skeptikal yang sering dilontarkan kepada aku. Dan aku pasti siapa saja yang berada di jalan agama turut mendapatkan biasan yang serupa. Pensyarah juga pernah menimbulkan persoalan yang sama. Satu saja ayat yang aku jadikan sebagai perisai utama dan sumber kekuatan dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bantulah agamaKu, nescaya Aku akan membantu kamu dan memperteguhkan kedudukan kamu.

Ramai orang yang percaya kalam Allah ini namun sering saja gagal menghayati apa sebenarnya yang dimaksudkan disebalik falsafah agung ini. Kalau saja kita benar-benar yakin akan pertolongan yang Allah maksudkan.Ya, kunci kepada semua janji-janji agung ini hanyalah keyakinan tanpa persoalan. Tapi sayang, tatkala mulut berkata yakin, hati pula mempersoal. Pada mulanya langkah mungkin ampuh di jalan dakwah, namun setelah diuji dengan markah test yang kurang memuaskan, mudah saja melafazkan kekecewaan dan mulalah diri menyalahkan jalan dakwah yang dipilih. Kemudian berkira-kira untuk mengundurkan diri kerana kononnya tidak mahu menjadi fitnah kepada jalan ini sedangkan hakikatnya berundur itu telah menjadi fitnah terbesar terhadap jalan yang dilalui. 




Tapi kekadang, ada juga manusia yang begitu gelojoh tatkala bermain-main di arena yang kononnya dikatakan dakwah. Sibuk berpanjangan tanpa perancangan dan strategi terbaik juga boleh menjatuhkan sang daie. Menjadi seorang yang aktif dalam jalan dakwah bukanlah bererti perlu tewas pula di medan pelajaran. Semua orang diberikan waktu yang sama 24 jam dalam sehari. Cuma kita yang sering berkira-kira untuk memperuntukkan masa. Sering ingin berada dalam zon selesa walhal pada hakikatnya di zon itu tersembunyi bom jangka yang bakal meletup pada bila-bila masa saja. Untuk berjaya kita cuma perlu sentiasa mencari jalan, bukan menutupnya dengan alasan. Titik.

Akhirnya keputusan itu telah dapat aku ketahui dan lihat dengan mata kepalaku sendiri. Alhamdulillah segala puji bagi Dia yang tidak pernah jemu menghulurkan pertolongan di kala aku memerlukan. Kebergantungan kepadaNya bukanlah satu perkara yang sia-sia. Mungkin anda menembak saya dengan kata-kata, ''Kau dapat, bolehlah cakap.''. Ya anda mungkin benar, kalau aku tidak dapat pasti aku tidak boleh bercakap sebegini, cuma hakikatnya itulah yang berlaku. Anda sudah mula memulakan langkah untuk mencipta alasan!

Ya, aku sedar, ini cuma sekadar pointer yang tidak menjamin kejayaan di masa depan, apatah lagi menggambarkan yang aku sudah cukup berilmu. Sudah tentu tidak! Semoga kita semua diberkati Allah.

Part 1 : 3.87
Part 2 : 3.93
Part 3 : 3.82
Part 4 : 4.00  *current cgpa 3.90

Terima kasih Allah!

Perpustakaan Negeri Sabah Tawau
11 Mei 2012
4.42 pm

Monday, May 7, 2012

:: Landskap Yang Berubah ::


Hmmphhh... satu keluhan panjang hanya mampu ku lepaskan tatkala menyedari bahawa blog angry cats ini masih lagi wujud di dunia ini. Mungkin kucing ini sudah lupa bagaimana untuk mengiau. Begitulah lazimnya diri, bila terasa rajin, maka berubahlah landskap diari siber ini, namun tatkala sudah hilang seleranya, berkeraklah dinding-dinding ini tanpa berubah warnanya. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini sehingga di tengah kekalutan itu hampir tidak ku temui ruang walau sedikit pun untuk bernafas apatah lagi menggerakkan jemariku untuk berdansa di papan kekunci yang kian berhabuk. Ya, banyak perkara yang berlaku sehingga kini aku bukan lagi menjadi aku yang dahulu, kini dihimpit dengan tugas, amanah dan tanggungjawab sehingga mungkin pada satu tahap ia memuncak menjadi beban yang amat menyesakkan.


Tapi sejauh mana sibuknya manusia itu, satu masa akan menemui titik kekosongan yang mengundang rasa betapa masa terlalu lambat berjalan. Mujur aku dapat mencuri sedikit waktu untuk bercuti dan meluangkan masa-masa berkualiti bersama dengan keluarga tersayang di negeri kesayangan negeri di bawah bayu. Dan akhirnya ada juga masa untuk aku melakar sedikit coretan sebelum enjin mesin kesibukan itu bergerak kembali. Pun begitu, hanya coretan bergambar yang dapat ku titipkan sebagai perkongsian kerana jari ini mungkin tidak begitu ampuh untuk menceritakan segala pengembaraan yang panjang. Dan mungkin ada beberapa peristiwa yang tidak mengikut garis masa yang sepatutnya lantaran keterbatasan memori.

Antara perkara yang paling banyak mengubah pola hidupku adalah apabila aku diamanahkan dengan beberapa tanggungjawab besar iaitu sebagai Exco Kebajikan dan Kediaman Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Bangi, Presiden Kelab Insaniah, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan fasilitator. Memikirkannya saja sudah memberatkan kepala. Gila kuasa?? tidak! aku juga tidak berharap gelaran itu melekat padaku. Jadi apa yang membuatkan aku tergamak untuk menerima apa saja yang dicampakkan kepadaku? Entah, aku pun tak tahu. Itu hak anda untuk menilai, tapi ingat penilaian anda juga akan dinilai oleh Yang Maha Hakim. Yang pastinya, melalui posisi ini, aku akhirnya dapat memecahkan tembok penghadang antara aku dengan apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat  zalim dan amat bodoh. Surah Al-Ahzab ayat 72

Disaat aku ingin mengatakan tidak pada semua amanah itu, aku masih lagi menerimanya kerana memang sudah tergambar betapa bodohnya manusia tatkala menerima amanah yang pernah diungkapkan suatu ketika dahulu. Tapi hanya benar bodoh bila tidak menjalankan amanah itu dengan sebaiknya. Maka di titik inilah aku mendapat peluang untuk belajar sesuatu mengenai amanah dan ia masih lagi berterusan sehingga kini. Moga aku akan lebih memahami mengenai kalimah agung ini. Titik.

Seterusnya,

TRANSFORMASI IKLIM
Menukar Majlis Grand menjadi lebih diberkati

Diganding bersama Sham Kamikaze dan Ustaz Saiful Islam dlm Forum Maulid
target 400 yang datang 700 orang. 
KPTM terus menjadi pentas ilmu
Semua demi anak Islam
Kursus Kahwin sudah, Next??
Aminkan bersama Pecutan Terakhir

Itu antara perubahan positif di kampus yang cuba kami bawakan. Semoga kampus kesayangan ini terus menjadi bumi yang diberkati Allah dan  dijauhi dari segala kejahilan masyarakatnya. Orang semakin mahukan Islam, cuma malu-malu kucing.

Ini pula ombak perubahan pada sang sahabat yang dicintai...

Solat sunat Dhuha di Pantai Bagan Lalang
Kami satu pasukan!
Sesi tazkirah!
Akhawat 


Yang dicintai!
Kau Sahabat Kau Teman..

ni sorang ni fotografer yg selalu tiada dalam gambar.
Till Jannah!
Power Rangers berlima!
Mereka sumber kekuatan!
Karok tepian pantai
Sweet letteww...
Bersama Ustaz Hafiz
Bersama Tuan Guru


''SEKIAN SAJA CORETAN SERBA KEKALUTAN INI''

Semoga lebih banyak lagi kenangan dan memori yang tercipta.

Perpustakaan Tawau
Sabah Negeri dibawah Bayu
7 Mei 2012
4.18 pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...