Subscribe:

Monday, May 7, 2012

:: Landskap Yang Berubah ::


Hmmphhh... satu keluhan panjang hanya mampu ku lepaskan tatkala menyedari bahawa blog angry cats ini masih lagi wujud di dunia ini. Mungkin kucing ini sudah lupa bagaimana untuk mengiau. Begitulah lazimnya diri, bila terasa rajin, maka berubahlah landskap diari siber ini, namun tatkala sudah hilang seleranya, berkeraklah dinding-dinding ini tanpa berubah warnanya. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini sehingga di tengah kekalutan itu hampir tidak ku temui ruang walau sedikit pun untuk bernafas apatah lagi menggerakkan jemariku untuk berdansa di papan kekunci yang kian berhabuk. Ya, banyak perkara yang berlaku sehingga kini aku bukan lagi menjadi aku yang dahulu, kini dihimpit dengan tugas, amanah dan tanggungjawab sehingga mungkin pada satu tahap ia memuncak menjadi beban yang amat menyesakkan.


Tapi sejauh mana sibuknya manusia itu, satu masa akan menemui titik kekosongan yang mengundang rasa betapa masa terlalu lambat berjalan. Mujur aku dapat mencuri sedikit waktu untuk bercuti dan meluangkan masa-masa berkualiti bersama dengan keluarga tersayang di negeri kesayangan negeri di bawah bayu. Dan akhirnya ada juga masa untuk aku melakar sedikit coretan sebelum enjin mesin kesibukan itu bergerak kembali. Pun begitu, hanya coretan bergambar yang dapat ku titipkan sebagai perkongsian kerana jari ini mungkin tidak begitu ampuh untuk menceritakan segala pengembaraan yang panjang. Dan mungkin ada beberapa peristiwa yang tidak mengikut garis masa yang sepatutnya lantaran keterbatasan memori.

Antara perkara yang paling banyak mengubah pola hidupku adalah apabila aku diamanahkan dengan beberapa tanggungjawab besar iaitu sebagai Exco Kebajikan dan Kediaman Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Bangi, Presiden Kelab Insaniah, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan fasilitator. Memikirkannya saja sudah memberatkan kepala. Gila kuasa?? tidak! aku juga tidak berharap gelaran itu melekat padaku. Jadi apa yang membuatkan aku tergamak untuk menerima apa saja yang dicampakkan kepadaku? Entah, aku pun tak tahu. Itu hak anda untuk menilai, tapi ingat penilaian anda juga akan dinilai oleh Yang Maha Hakim. Yang pastinya, melalui posisi ini, aku akhirnya dapat memecahkan tembok penghadang antara aku dengan apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat  zalim dan amat bodoh. Surah Al-Ahzab ayat 72

Disaat aku ingin mengatakan tidak pada semua amanah itu, aku masih lagi menerimanya kerana memang sudah tergambar betapa bodohnya manusia tatkala menerima amanah yang pernah diungkapkan suatu ketika dahulu. Tapi hanya benar bodoh bila tidak menjalankan amanah itu dengan sebaiknya. Maka di titik inilah aku mendapat peluang untuk belajar sesuatu mengenai amanah dan ia masih lagi berterusan sehingga kini. Moga aku akan lebih memahami mengenai kalimah agung ini. Titik.

Seterusnya,

TRANSFORMASI IKLIM
Menukar Majlis Grand menjadi lebih diberkati

Diganding bersama Sham Kamikaze dan Ustaz Saiful Islam dlm Forum Maulid
target 400 yang datang 700 orang. 
KPTM terus menjadi pentas ilmu
Semua demi anak Islam
Kursus Kahwin sudah, Next??
Aminkan bersama Pecutan Terakhir

Itu antara perubahan positif di kampus yang cuba kami bawakan. Semoga kampus kesayangan ini terus menjadi bumi yang diberkati Allah dan  dijauhi dari segala kejahilan masyarakatnya. Orang semakin mahukan Islam, cuma malu-malu kucing.

Ini pula ombak perubahan pada sang sahabat yang dicintai...

Solat sunat Dhuha di Pantai Bagan Lalang
Kami satu pasukan!
Sesi tazkirah!
Akhawat 


Yang dicintai!
Kau Sahabat Kau Teman..

ni sorang ni fotografer yg selalu tiada dalam gambar.
Till Jannah!
Power Rangers berlima!
Mereka sumber kekuatan!
Karok tepian pantai
Sweet letteww...
Bersama Ustaz Hafiz
Bersama Tuan Guru


''SEKIAN SAJA CORETAN SERBA KEKALUTAN INI''

Semoga lebih banyak lagi kenangan dan memori yang tercipta.

Perpustakaan Tawau
Sabah Negeri dibawah Bayu
7 Mei 2012
4.18 pm


Love to hear what you think!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...