Subscribe:

Monday, December 24, 2012

::Air Mata Jejaka Macho::

Menangislah andai itu mampu melepaskan beban di jiwamu. Basahkanlah kelopak matamu yang telah lama kekeringan. Siapa tahu, ia mampu meletakkan egomu ke dasar lautan setelah lama berada di puncak kemegahan. [sigh]

Air mata bukan gayaku! [not my style la bro]
Ada aku kisah! [pfff]
Credit:  amekaw.com
Ramai yang mengaitkan tangisan dengan kanak-kanak atau kaum hawa. Kalau lelaki yang mengalirkan air mata, pasti akan dikatakan lembik, cengeng atau mamat korea. Tidak macho jika seorang lelaki itu menangis apatah lagi menangis teresak-esak. Tapi jika wanita, tidak mengapa. Betapa stereotype pendapat seperti ini. Ikutkan hati, mahu saja aku mengajak kaum-kaum lelaki sedunia untuk membuat demonstrasi jalanan menuntut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sangat 'prihatin' itu untuk mengembalikan hak asasi kaum lelaki yang dinafikan hak untuk menangis. [overdose statement]

Pengsan!

Sebenarnya, menangis itu memberikan banyak keajaiban kepada umat manusia tidak kiralah sama ada kanak-kanak, wanita mahupun jejaka tampan hero malaya. Percayalah cik abang. Air mata tidak akan pernah mencalar harga diri seorang lelaki, bahkan ia mampu merobek ego yang membentengi rasa kehambaan kepada Rabb Azza Wajallah. Jangan biarkan kata-kata orang lain membuatkan kita terpaksa berpura-pura sedang hakikatnya jiwa kita sedang membengkak dengan air mata. Menangislah di hadapan Allah. Tapi janganlah over sangat, sikit-sikit nak menangis. Kalau kena gigit nyamuk pun nak menangis, itu memang nak kena flying kick. watchhaaa!!!!

Nabi yang hensem lagi macho pun menangis tau!

Buah hati Baginda s.a.w iaitu Aisyah RA menceritakan bahawa dia sering melihat Rasulullah s.a.w menangis ketika mengerjakan solat malam. Sungguh Allah menciptakan air mata itu sebagai pengingat hamba akan diriNya. Cukup untuk menyedarkan manusia betapa lemahnya dirinya sebagai hamba yang tidak mampu berbuat apa-apa. Saat dia terlalu bahagia, tanpa sedar dia menangis. Saat dia terlalu sedih, tanpa sedar dia menangis. Saat itulah, dia sedar dirinya tidak ada kuasa atas dirinya. Bahkan seorang lelaki pernah bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya: ''Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada api neraka?'' Rasulullah s.a.w menjawab:
''Dengan lindungan air matamu!''
''Tanya lelaki itu lagi. ''Bagaimanakah caranya?'' Rasulullah s.a.w menjelaskan. ''Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah kerana mata yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan mendapat seksa''


Masih ragu-ragu? Cuba ini pula

''Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, pertama mata yang menangis di saat bersendirian pada malam hari kerana takut kepada Allah dan kedua mata yang digunakan untuk berjaga-jaga pada malam hari dijalan Allah.''

Hadith Riwayat At-Thabrani


Wow! Fantastic Baby!

Setitik air mata saja mampu memadamkan api neraka yang panasnya 70 kali ganda daripada api dunia! Anda tidak perlukan 7 lautan untuk memadamkannya, hanya setitik yang diperlukan. Jadi tunggu apa lagi. Dapatkannya di pasaran segera!! [ala-ala iklan tv]

Tidak perlu ke pasar untuk setitik air mata itu, anda boleh menghasilkannya sendiri. Pastikan air mata itu lahir daripada hati yang ikhlas mencintai Allah dan kerana takut akan kecurangan kita kepadaNya. Jangan biarkan air mata itu mengalir kerana kita tidak dapat memuaskan keinginan nafsu duniawi.



Dalam air mata itu juga terkandung rahsia yang menakjubkan. Osem kan Allah. Tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Antara kelebihan menangis adalah:

1) Membantu menjelaskan penglihatan
2) Membunuh bakteria
3) Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood
4) Mengeluarkan racun dari tubuh badan
5) Mengeratkan silaturahim
6) Melegakan perasaan

Untuk maklumat yang lebih terperinci dan mendalam. rujuk disini MyBerita.


Sudah cukup-cukup sudah!

eh jap. Sikit saja lagi. Sabar ya sayang. [uwek]. Sedikit pesanan untuk kaum Adam Mukhriz. Menangislah kalau itu dapat memberikanmu ketenangan. Menangislah di hadapan Allah dan luahkan segalanya kepadaNya walaupun Dia Maha Mengetahui segala yang terbuku dalam hati manusia kerana Dia sajalah tempat kita mengadu. Jangan risau, anda tetap macho lagi tampan walaupun menangis. Rasulullah s.a.w, para nabi dan sahabat pun sering menangis dan mereka tetap macho dan gagah. Bahkan mampu menawan 2/3 dunia. Manakala kepada kaum Ain Hawani. Suka hatilah kalau kami nak menangis. pfff

''Menangis itu bukan simbol kelemahan, tetapi ia lahir daripada kekuatan jiwa yang mampu meruntuhkan tembok keegoan''



Tamat!

Selepas menangis, jangan lupa senyumlah!




***

Credit Photo : Insaniah Photography
Sumber: 





Teratak Cemara
Bangi Selangor
24/12/2012
8.24 pm




Love to hear what you think!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...