Subscribe:

Tuesday, December 25, 2012

::Keliru Kerana Ucapan::

Keliru...aku makin keliru... [ala-ala Nurul dan Ajai]

Sejak Mark Zuckerberg mencipta makhluk berwarna biru, pendustaan dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi. Maka ramailah yang terpedaya. Apa saja maklumat yang muncul di facebook pasti akan dikongsikan ke seantero alam. Tambah lagi jika maklumat itu berkait soal hukum-hakam agama atau fenomena ajaib. Aku sangat faham betapa niat manusia itu sangatlah suci lagi murni. Manakan tidak, bukankah berkongsi kebaikan itu antara jalan-jalan menuju ke syurga. Tapi apakan daya, niat murni itu sering saja dicemari oleh pendustaan. Mungkin aku juga pernah menjadi mangsa dalam hal ini.

Credit: Doraemon Wallpaper


Santa Kelaus melintas! fuhhh

Sempena perayaan Krismas tahun ini, tiba-tiba muncul satu hadith yang disebarkan di serata pelusuk facebook. Kononnya hadith ini dirawikan oleh perawi feymes iaitu Imam Bukhari dan Muslim. Ia berbunyi:

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada AGAMA lain bererti ia telah kafir dan neraka janahamlah tempatnya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Untuk membuatkan lagi penyebaran hadith ini tampak lebih gah, Ustaz Azhar Idrus dijadikan 'pak sanggup' terhadap segala pendustaan ini. Namun ini jawapan Pak Ustaz terhadap tohmahan ini:

Credit: Ustaz Azhar Idrus Printscreen

Kantoi sudah!

Bak kata pepatah barat, 'Sepandai-pandai santa klaus terbang, akhirnya jatuh bedebuk ke tanah juga'. Wahai sahabat-sahabatku yang hensem lagi kiut, niat itu tidak pernah menghalalkan cara melainkan jika kita benar-benar tidak tahu. Sesungguhnya, penyebaran hadith palsu sebegini merupakan satu pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w dan perawinya. hmm

Jadi, boleh atau tidak ucapan itu? konpius

Aku sebenarnya tidaklah mempunyai kepakaran dalam melontarkan hujjah sendiri untuk kes-kes sebegini. Aku hanya mampu berdiri di atas pendirian peribadi berdasarkan beberapa penghujahan ilmuan Islam yang lainnya. Maksudnya, aku tidak memaksa anda untuk menerima secara total apa yang ada disini. orait?

1. Diharamkan ke atas orang Islam untuk merayakan perayaan orang bukan Islam dengan apa cara sekalipun. Begitu juga orang bukan Islam dilarang untuk merayakan hari perayaan khusus bagi umat Islam.

2. Adapun bagi hukum mengucap selamat kepada mereka sempena perayaan mereka. Terdapat beberapa khilaf di kalangan para ulama'. 
  • Ada yang mengharamkan terus menggunakan Hadith Nabi s.a.w ''Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah dari kalangan mereka.'' Lagipun perbuatan ini juga dikatakan mempromosi dan mengakui agama mereka.
  • Sebahagian mengharuskan kerana ia dianggap berbuat baik dan mengucapkan perkataan baik seperti yang digalakkan dalam Islam. ''Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya'' Surah An-Nisa:86
Aku lebih cenderung kepada pendapat yang kedua kerana sekadar mengucapkan ucapan tahniah tidaklah sampai menggadaikan akidah dan pegangan kita terhadap konsep ketauhidan Allah. Ia juga bukan tanda kita mengakui dan meredhai agama mereka. Ia cuma sekadar ucapan mujamalah iaitu tanda kemesraan dan penghargaan sesama insan.Tapi yang pastinya, janganlah sampai ikut merayakannya bersama mereka. 

Fuhh, pengsan!

Jadi pendapat aku, boleh mengucapkan selamat hari raya kepada orang lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan itu tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut 'anak Allah' wa iyazubillah.Maka, cukuplah sekadar mengucapkan 'selamat berhari raya' atau 'selamat bergembira'.

Akhir kata dan yang paling penting. Janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan pelbagai tuduhan liar dicampakkan kepada Islam. Kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik dan dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah agama kita.


Hampir ke garisan!

Ini dia keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali ke-78 Bil 3 menetapkan perkara berikut:

"Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat komunikasi seperti e-mail atau sms & sebagainya kpd org bukan Islam sempena dengan perayaan adalah HARUS, dengan syarat ucapan tersebut tidak MENGIKTIRAF, MEMUJI atau MEMULIAKAN AGAMA ITU serta TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG SIMBOL atau LAMBANG KEAGAMAAN dalam kiriman tersebut."

       

Masih keliru? Tak dapat nak nolong. ehe. Ampun maaf jika terdapat sebarang kesilapan kerana hamba ini juga khilaf. Niat suci murni ingin berkongsi. Semoga ada manfaat kepada diri dan anda yang dicintai.Muaaahh. Semoga kita tidak lagi tertipu dengan pengkhianatan ini.


Sumber:





Teratak Cemara
Bangi Selangor
25/12/2012
10.58 pm

Love to hear what you think!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...