Subscribe:

Wednesday, December 21, 2011

::Mendaki Tangga-Tangga Langit::


Bagaimana ingin aku memulakan cerita kali ini? Dimana-mana kita akan membaca perkembangan terbaru mengenai tindakan 'berani' seorang pemuda iaitu Adam Adli yang telah berjaya 'menggulingkan' Dato' Najib di perkarangan PWTC. Tindakan beliau mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat Malaysia. Dan secara pantasnya, beliau telah berjaya menjadi selebriti dalam masa yang begitu singkat. Tahniah. Yang peliknya isu kecil sebegini menjadi bahan 'hangat' untuk 'diperjuangkan'. Ia melibatkan maruah kata mereka dan tidak beradab kononnya. Isu penghinaan terhadap hukum Hudud tidak pula dikisahkan. Kisah saudara lelaki kita yang berkahwin dengan lelaki barat di Dublin tidak pula dibangkitkan. Tapi kisah bendera diturunkan selama 5 jam minit tu pula yang di'melodi'kan. Bahkan ia semakin 'fuhhh' dengan penampilan watak antagonis yang melakonkan watak 'panglima ludah melayu' yang dengan penuh semangat waja ingin meludah wajah mahasiswa lantas berlaku 'perang' multimedia antara panglima2 itu dengan panglima2 mahasiswa.

Semua ini bermula dengan gerakan Demontrasi Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berlangsung pada 17 Disember 2011.(aik, serius bang??) Cerita ini hanya sebagai muqaddimah kerana aku hanya ingin meng-tinggicahaya-kan (highlight) tarikh keramat tersebut. Disaat Mahasiswa lain berada di jalan berdemonstrasi, aku dan sahabat Insaniah yang lain memanjat tangga-tangga langit (daki bukit lah tu). Bukit yang telah ditawan kali ini adalah bukit Broga yang terletak di Semenyih Selangor dan mempunyai 4 puncak utama sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan. Oleh itu kawan-kawan yang comel sekalian, kita lupakan sejenak isu yang berlaku diatas. ianya masalah negara. Agak berat nak cerita. Sekarang fokuskan mata anda sampai juling dihadapan skrin komputer/lappy anda kerana kita akan mengembara mencari erti dan pengertian disebalik pendakian bukit kali ini. Pertama sekali, program ini dinamakan sebagai Rehlah Brotherhood. Oleh kerana ada akak-akak ayu kita join sekali, maka ia juga dikenali sebagai Sisterhood. Jangan Robinhood sudahlah. Baiklah, selepas solat subuh di sebuah surau ditepi jalan, rombongan kami terus menuju ke kaki bukit untuk melakukan sedikit regangan dan mendengar serba sedikit taklimat ringkas. (macam laporan aktiviti sekolah menengah pulak). Pada mulanya pendakian kami bersifat teamwork, saling menunggu dan memberikan semangat sesama sendiri untuk meneruskan pendakian. Tapi disebabkan jalan jem (mcm jem strawberi) sebab ramai sangat orang nak daki bukit hari-hari cuti macam ni, maka kumpulan kami terpisah, abang-abang yang panglima gagah terus memecut dihadapan, manakala akak-akak yang bersopan-santun ketinggalan. Aku sempat memberikan semangat kepada beberapa akak yang hampir putus harapan asa untuk meneruskan perjalanan. Namun akhirnya semua hampir semua berjaya sampai di puncak. Bahkan disebabkan begitu ghairah teruja, beberapa pendaki termasuk taiko (Ustaz Fazli) berjaya sampai ke puncak ke-4 iaitu yang tertinggi di Broga. (yeahh, bangga sikit2).

Yang paling menyentuh jiwa dan sanubari ialah kami berkesempatan menunaikan haji solat Dhuha di puncak yang kedua. So sweet. Pengalaman yang cukup indah untuk bertemu pencipta segala keindahan di atas bukit yang sungguh indah. Nak menangis pun ada. Tapi ramai sangat awek, tak macho lah kan. hehe. Wahai kawan-kawan ku yang kiut miut, tahukah kita bahawa kita boleh mengerjakan solat dengan memakai kasut? sebab ia pernah dilakukan oleh Rasulullah kesayangan kita. ni Hadith Nabi yang menyebutnya:

Amir bin Syu'aib menerangkan bahawa datuknya (yang hidup di zaman Nabi SAW) telah berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat adakalanya dengan tidak berkasut dan adakalanya dengan berkasut

Solat Dhuha

Jangan tengok tempat lain tau.hehe

DISINI JALANKU

Semasa berada di puncak yang kedua juga, Ustaz Fazli sempat memberikan sedikit peringatan (tazkirah) agar kita sentiasa bersyukur dan melihat segala kejadian di sekeliling kita sebagai pengajaran yang mendekatkan diri kita dengan Allah. (kan dah kena tazkirah kt atas bukit). Aku pun melihat alam sekeliling yang cukup indah dan cuba memikirkan apakah pengajaran yang boleh diambil dari semua ini?? Aku pun memulakan pengembaraan mencari makna cinta Allah di kaki bukit tadi. Perjalanan kami semasa mendaki bukit tadi sangat memenatkan. Banyak cabaran dan ujian ketika dalam perjalanan. Cabarannya sudah tentu kepenatan dan kadang kala hampir terbit rasa putus asa. Ujiannya pula dengan godaan nafsu. Sudah tentu ia sangat menguji jiwa seorang lelaki apabila rata-rata pendaki wanita cina (melayu pun ada) memakai pakaian yang sungguh s***i. (cencored lah konon). Jalan yang perlu di ambil sangat berliku. Bekalan yang dibawa semakin habis. dahaga memang dahaga. Aku perlu bertanya pada diriku, kenapa aku perlu berpenat lelah sebegini. Baik aku duduk goyang kaki dirumah saja. Rupa-rupanya apabila telah sampai di puncak, barulah aku sedar segala kepenatan itu hilang dengan keindahan dan ketenangan berada disana. Aku boleh berehat dengan lama. Kisah perjalanan ini aku cuba kaitkan dengan sisi sebuah kehidupan.Persis (bahasa indon). Hidup ini juga turut melelahkan. Jalan dakwah yang aku lalui juga tidak mengenal erti rehat. Penuh dengan jalan berliku, cabaran, dugaan, godaan dan ujian. Yang kadangkala menuntut deraian air mata menjadi saksi. Sehingga hati turut meraih rasa putus asa dan kecewa. Satu hari aku juga pernah bertanya kepada diriku, ''kenapa aku perlu merasai semua ini??''. Rupa-rupanya ia akan terjawab dengan keindahan syurga yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya yang berjalan di laluan yang benar. Biarlah diri ini penat dan lelah. Biarlah airmata dan peluh menyuburkan bumi. Kerana aku yakin ada yang menanti dipenghujung jalan ini. Sungguh agung ibrah yang diperlihatkan Allah buat orang yang melihat dengan mata hati. 

“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (AR Ra'ad:3)

Aku gayat wooo

cantik tak?? SubhanAllah
Selesai sudah kisah tacing-tacing. Sesudah puas merayau-rayau di Bukit Broga, rombongan kami pun berangkat ke Sungai Tekala untuk bersantai sambil makan tengah hari sebab perut pun dah lapar. Sesampai saja disana, bibir sekali lagi tidak henti-henti menyebutkan kalimah suci Allah. Betapa takjubnya dengan keindahan alam yang sentiasa terjaga oleh DIA yang tidak pernah tidur dan mengantuk. Sejuk air sungai cukup meredakan kepenatan mendaki bukit. Sambil berendam, sempat lagi kami berbual mengenai Islam secara slumbernya. Ustaz juga memberikan sedikit pencerahan mengenai program ini. Ustaz turut mencadangkan agar selepas ini, makan biar dalam satu talam (suap-menyuap~so sweet). Ianya adalah untuk mengertakan silaturrahim antara kami. Mungkin pengisian ukhuwah kali ini tidak begitu mantap. Jadi lain kali, kalau ada rezeki, pengisian ukhuwah itu akan dititikberatkan. Semoga ada program Rehlah susulan lagi selepas ini. 

credit picture: Asyhraf Photography

Pilih2 bakal menantu/suami

sejuk gileww

akak-akak yang aku ceritakan

Spiderman???

Peliharalah sungai kita. peace

Laluan Kehidupan


                                                                          Video pulak





Rumah Desa Sentosa
BB Bangi
1.19 am
22/12/2011

Love to hear what you think!

3 orang bising:

  1. assalammualaikum..amboi fauze..dah pandai ek sekarang..bagus2..mabruk2!!!semoga teruskan lagi usaha untuk menulis...semoga terus istiqamah di jalannya..amiin..jangan nakal sangat ye..fahamkan maksud akak..=p

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.... blog ana tak sejiwang org tu... hahaha

    ReplyDelete
  3. erm..ehem2..amboi...aisshhhh..xpe..yg penting objwktif samapi ye "adikku"..

    ReplyDelete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...