Subscribe:

Wednesday, November 7, 2012

::Bertemu Manusia Super::

Langit semakin gelap. Cuma sedikit garisan merah tercalit menghiasi langit senja. Kedengaran suara lelaki dari corong pembesar suara masjid begitu khusyuk mengalunkan bacaan Surah Ar-Rahman. Cuba ku amati. Suaranya tidak begitu merdu, pitching asyik lari dan lenggoknya pun tidak sehebat Syeikh Misyari Rashed Al-Afasy. Tapi mungkin kerana keikhlasan ia mampu membasahkan jiwa yang kering kontang. Aku tertarik lagi tersentap dengan satu ayat yang berbunyi. [nak keluar bunyi baca sendiri]
                                                    
Maksudnya: Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan?

Sungguh mendalam pengertian disebalik kalam ini. Manakan tidak, Allah mengulang ayat ini sebanyak 31 kali. Menggambarkan betapa manusia sukar untuk menzahirkan kesyukuran walaupun kerap kali diingatkan bahawa segala yang kita perolehi pada saat dan ketika ini adalah pinjaman Allah semata-mata.

Bertemu Superman [Baca: Manusia Super]

Moderator Forum bersama Sham Kamikaze dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Moderator Forum Ustaz Hasrizal, Kak Farah Asyikin dan Ustaz Nazrey 
Oleh itu marilah kita memulakan rasa kesyukuran kita dengan melafazkan kalimah Hamdalah. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala nikmat yang tidak akan terhitung banyaknya walaupun 7 lautan menjadi dakwatnya. Sejak beberapa bulan ini, aku bersyukur kerana sering diberikan peluang bertemu manusia super yang dipilih Allah untuk sebagai insan istimewa. Malah aku juga berpeluang untuk sama-sama berkongsi pentas untuk bertanya secara lebih dekat mengenai pengalaman hidup mereka. Ada dikalangan mereka yang dahulunya manusia yang hilang dalam kegelapan, namun akhirnya mereka pula yang menjadi cahaya menerangi kehidupan orang lain. Begitulah manusia, mengajar aku untuk tidak memandang manusia lain dengan mata yang menghukum walaupun telah jelas terpancar dosa dan noda yang dilakukannya. Betapa  hak untuk menilai dan menghukum itu hanya pada Allah. Kita tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku kepada seseorang dimasa depannya. Boleh jadi hari ini dia seorang penagih dadah tapi di masa depan berubah menjadi 'penagih' ibadah. Boleh jadi pada hari ini dia manusia yang rendah lagi hina tapi esok dia jauh lebih baik daripada kita! 
Bertemu Tuan Guru Dato' Haron Din dan kot hitam itu guruku Ustazah Nawiya
Bertemu Imam Muda Asyraf dalam majlis Khatam
Imam Muda Aran dalam majlis Solat Hajat
Henshin! Jom jadi Super Saiya!

Ustaz Hasrizal pernah berkata, ''Islam itu agama yang hebat, oleh itu sebagai umatnya kita tidak punya pilihan lain selain menjadi HEBAT!''

Sudah tentulah kita mesti jadi orang yang hebat. Rendah diri itu memang perlu, tapi jangan benar-benar 'rendahkan' diri kita. Faham kan! rendah diri untuk mengelakkan riak dan takbur. Dalam masa yang sama, tinggikan potensi diri untuk menjadi insan yang terbaik dalam segala hal dan jadikan kehebatan itu untuk pembangunan ummah. Barulah umat Islam tidak ketinggalan dan akan sentiasa kelihatan osem. Contohilah para sahabat Rasulullah. Mereka akan sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dalam segala aspek. Bukankah kita ini insan istimewa yang disebut Allah dalam Surah At-Tin ayat 4:

Maksudnya: ''Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya''

Tengok! kita adalah makhluk ciptaan TERBAIK yang pernah wujud di muka bumi ini. Apa pula alasan kita untuk tidak menjadi hebat? Percayalah, setiap daripada kita adalah insan istimewa yang diciptakan Allah untuk menjadi yang terbaik. Allah tidak akan pernah mencipta kita tanpa sebab yang istimewa. Kita sangat bernilai tau! Jadi mengapa perlu disia-siakan dengan perbuatan murahan. Jom bangun dari tidurmu dan bertukarkah jadi manusia super!

Bersama kak NORA dalam forum Nisfu Syaaban 
Sham Kamikaze dan Ustaz Hasrizal
Bertemu Imam Muda Fattah, Kak Diana Amir dan Kak Heliza Helmi
Bertemu Sham Kamikaze dan Abg Fedtri Yahya
Ini pula Buku yang dihadiahkan secara peribadi oleh Ustaz Hasrizal ketika forum



Rumah Tercinta
Tawau Sabah
07 November 2012
9.06 pm

Love to hear what you think!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...