Subscribe:

Sunday, December 23, 2012

::Nikmat Bercinta::

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Selawat serta salam kuhulurkan buat kekasih seluruh alam yang sangat dirindui. Para keluarga, sahabat dan orang-orang mukmin yang menuruti jejak baginda ke syurga. Tiadalah ungkapan kata yang dapat dituturkan saat ini melainkan rasa syukur kepada Rabbi Azza wajallah yang tidak pernah jemu-jemu mencurahkan kasih sayang dan cinta kepada hambaNya yang sering kali alpa. Leka dengan mainan dunia yang bakal musnah bersama tipu dayanya. Astaghfirullah. Ampunkan dosa hambaMu Ya Allah! [sob..sob..sob]

Paused!

Assalamualaikum buat diri sendiri yang dikasihi dan saudara seakidah yang dicintai. Alangkah indahnya nikmat hidup ini bila mana seluruh roh dan jasad diserahkan kepada pemiliknya. Marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah dan serahkanlah diri kita secara total kepadaNya kerana tiadalah yang dapat menjaganya melainkan Allah saja. Saat ini, aku memandang langit yang terbentang luas. Begitu muram wajahnya dengan awan kelabu. Mungkin saja sedang bersedih melihat umat Muhammad s.a.w yang semakin ditelan dunia. Atau mungkin sedang merindui cahaya Rasulullah s.a.w untuk menerangi alam yang telah lama gelap dengan jahiliyyah. 

Angin petang mencuri masuk melalui sliding door dan menyentuh aku yang kedinginan. ~~~


Ibu Nawiyah Abu
Semangat ingin belajar
Ingin saja aku menitipkan salam rinduku ini pada sang angin untuk disampaikan kepada murobbi dan adik-adik Kem Pemantapan Diri (Al-Quran dan Solat) yang telah berlangsung pada 19 Nov- 8 Disember 2012 yang lalu. Selama 16 hari kami berkampung dan ikatan yang telah terbina ibarat satu keluarga yang besar. Terima kasih Allah kerana memberikan hambaMu ini peluang untuk mendidik dan dididik. Pada zahirnya, tugas sebagai fasilitator ini mungkin diterjemah sebagai seorang pendidik kepada kanak-kanak dan remaja 5-16 tahun ini. Namun hakikatnya, Allah memberikan pakej yang lebih baik apabila dalam mendidik mereka, akulah yang paling banyak terdidik untuk menjadi Muslim yang lebih baik. 

Inilah kumpulan amanahku: Ibnu Sina
Kena usap telinga/pipi baru boleh hafal
Slot Muhasabah: Deraian airmata
3 orang berpaut manja padaku
Bak kata Ibu kami di Tahsin yang juga merupakan Murobbiku, Ustazah Nawiyah Abu, dalam kem ini kami akan belajar ilmu menyelami jiwa. Pada mulanya aku tidak dapat menangkap kata-kata itu kerana bukankah tugas sebagai fasi itu hanya untuk membantu para pserta kem mengikui modul-modul yang telah ditetapkan sepanjang kem. Akhirnya persoalan itu terjawab apabila aku mula mendekati adik-adik ini. Pelbagai ragam, tingkah, dan rahsia yang dipersembahkan kepada kami. Disinilah aku mulai faham akan ilmu menyelami jiwa itu. Ingat, kanak-kanak dan remaja ini tidak boleh dididik dengan kekerasan, tapi didiklah mereka dengan kasih sayang. Semakin nakal mereka, peluklah! Semakin degil mereka, peluklah! jangan sesekali marah dengan kebencian. Rasulullah juga sering mengajar kita untuk mendidik dengan kasih sayang.

Senyum manis [hihihi]

Terima kasih kepada pihak Pusat Pengajian Tahsin Tilawah Bestari yang telah memberikan peluang kepada kami [Arif, Asyhraf, Ekin, Syafiqah, Uzma, Amir dll] untuk menjadi fasi dalam kem ini. Banyak yang telah aku pelajari. Aku suka cara Ibu mendidik kami untuk sentiasa mem'positifkan'kan segala benda yang negatif. Bersangka baiklah dengan Allah kerana apa saja yang berlaku ke atas diri kita, suka ataupun tidak, yakinlah bahawa itu adalah yang terbaik bagi kita. 

Ya Allah kau dengarkanlah bahawa aku bersaksi tiada yang lebih indah selain saling mencintai keranaMu. 

Dari Ubadah bin Somit bermaksud, ''Allah berfirman: Sesungguhnya orang yang saling berkasih-sayang kerana Aku di atas singgahsana daripada cahaya, para Nabi, siddiqin dan para syuhada pun rasa terkilan dengan kedudukan itu.''

Paling Hyper dan kiut
sayang kamu!
Semoga bertemu lagi
Ya Rasulullah, saksikanlah bahawa aku mencintai mereka bersama dengan cintamu yang kau tanamkan dalam diri kami. Maka nantikanlah kami semua di perigimu untuk memberi kami minum dari tanganmu. Doakan kami agar kelak engkau mengenali kami sebagai umatmu yang sangat cinta padamu. Amin ya Robb.



Prolog!

''Adik-adik ustaz''.... ''Ya ustaz, sayang ustaz'' 
Ustaz sayang juga. Semoga kita akan bertemu lagi dan membesarlah menjadi Muslim yang terbaik agar nanti boleh jadi pendidik kepada anak-anak ustaz. Ini amanah dan wasiat ustaz kepada kamu. 



Credit Photo & Video: Insaniah Photography


Teratak Cemara
Bangi Selangor
23 Disember 2012
4.56 PM


Love to hear what you think!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...