Subscribe:

Saturday, December 31, 2011

::PENANGAN USTAZ SELEBRITI DI TAHUN BARU::


Maha Suci Allah Tiada Tuhan selain DIA!!! Segala puji bagi Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasakan satu nikmat yang tidak akan hadir jika dipaksa, satu perasaan yang cukup untuk mengguris kerak-kerak dosa yang menyelaputi dinding-dinding hati lantas membuatkan hati yang setelah sekian lama terkurung dalam kejahilan ini terpecah bagaikan empangan yang melimpah. Satu perasaan takjub apabila melihat lautan umat manusia yang dijangka mencecah 80 000 orang membanjiri Padang Kemerdekaan Shah Alam untuk mengira detik2 pertukaran tahun dengan cara yang jauh lebih bertamadun.

Program Jom Santai Bersama GeMS kali ini membariskan selebriti2 yang meletop kebabow era ini seperti Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda Asyraf, Ustaz Nor Hisyam, Sham Kamikaze, Akill Hayy, Zizan Lawak, dan Dakmie. Ternyata aura Ulama' selebriti seperti Ustaz Azhar Idrus seakan Ombak Rindu yang melanda seluruh Malaysia ketika ini. Ini kali kedua aku dating menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Azhar selepas sebelum ini di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Apa yang lebih menggembirakan apabila rata-rata pengunjung terdiri daripada golongan muda mudi yang sangat bersemangat. Bak kata Imam Muda Asyraf malam itu, ''Hai orang muda, kalianlah Jaisyu Muhammad (Tentera Muhammad)'' yang kemudiannya disahut dengan laungan Takbiiirr!!!. Pihak penganjur hanya menjangkakan sekitar 40 000 orang sahaja akan hadir pada malam tersebut, tapi nyata jangkaan mereka meleset sama sekali apabila jumlah yang hadir adalah 2 kali ganda. (tak boleh kerja kat jabatan kaji cuaca diorang ni..haha). Lupa nak bagi tahu, aku tidak keseorangan dalam majlis ni sebab aku ditemani oleh sahabat2ku akhi Arif Hikmat, akhi Hafiz, akhi Faisal, akhi Abey, dan akhi Safwan. Sempat juga bertemu dengan sahabat2 dari seluruh IPT.

Majlis bermula dengan Santai

Berbeza, sangat berbeza dengan program tahun baru yang lain, program ini bermula dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Dan lebih syiookk apabila Imam Muda Asyraf mengimamkan jemaah. Usai melaksanakan solat, program pun bermula dengan sembang santai yang menampilkan Imam Muda Asyraf dan Mursyid Imam Muda pertama Ustaz Nor Hisham. Nama pun sembang santai kan, perkongsian yang disampaikan memang santai dan menghiburkan. Antara perkongsian kisah-kisah benar yang menarik hatiku:

1) Al kisah tersebutlah kisah 4 orang sahabat yang suka melakukan maksiat. Satu hari mereka merancang untuk me-nekel (perkataan asal:Tackle) seorang gadis untuk dirogol bergilir2. Dipendekkan cerita umpan seorang sahabat pun mengena lantas dia membuat appointment dengan sahabat2nya yang lain di sebuah hotel. Lalu, berlakulah tragedi rogol bergilir2. Sampai giliran peserta bajingan keempat. Dia membuka pintu hotel dan melihat gadis yang terbaring lesu di atas katil sambil menangis yang baru diratah oleh 3 org sahabatnya rupa2nya ADIKnya sendiri. Nau'zubillah (Ustaz Nor Hisham)

2) Kisah kedua merupakan kisah sahabat Nabi (seorang pemuda) yang bernama Tha'labah bin Abdul Rahman (kalau tak silap lah). Satu hari beliau TERlihat aurat seorang wanita bukan Muhrimnya dan kemudian dia merasakan diri telah menanggung dosa sekalian ummat sehinggakan satu hari beliau memencilkan diri di sebuah gua lantaran takut dengan Rasulullah. Rasulullah mencari2 kelibatnya yang telah lama menghilang. Dipendekkan cerita, Saidina Umar menemukannya dan memberitahunya Rasulullah ingin bertemu dengannya. Dia berasa terlalu takut sampaikan tidak makan dan minum hinggalah beliau jatuh sakit. Rasulullah lantas menziarahinya. Baginda meletakkan kepala Tha'labah diatas riba baginda namun Tha'labah mengalihkannya lantas berkata ''kepalaku yang penuh dengan dosa tidak layak untuk diletakkan di atas riba seorang Rasul mulia'' lalu dia mengucap dua kalimah syahadah dan meninggal di riba Rasulullah. Dipendekkan cerita lagi, satu hari Rasulullah pergi ke pengkebumian Tha'labah dalam keadaan berjalan berjingkit. Lantas sahabat bertanya mengapa Rasulullah berjalan seperti itu. Baginda pun bersabda. ''Sesungguhnya kamu tidak melihat, tapi aku melihat begitu ramai Malaikat yang datang mengahadiri pengkebumian Tha'labah tanda Allah telah menerima taubatnya''. Itu baru TERlihat. Kita??

IM Asyraf vs Mursyidnya

HIBURAN YEAAHHH!!!

Selepas solat Isyak secara berjemaah, kini giliran para artis beraksi. Antara yang menggegarkan pentas pada malam itu adalah Shahir, Sham Kamikaze, dan Dakmie. Fuyooohh...mantap2 lah. Paling best apabila Shahir menyanyikan lagu barunya yang baru disiapkan oleh komposernya Sham Kamikaze malam sebelum konsert ini berlangsung. Kool. Maka bergandinglah mereka berdua dalam lagu ''Aku yang Berdosa''. Fullamak, best gila lagu ni. Sham pun goreng baek punya. Lepas tu Dakmie pula beraksi. ''Aku tak pandai sembang, so kita nyanyi je''. Padahal lawak jugak dia ni. Dia bersama Sham membawakan lagu otai rock dan lagu Adamaya. Memang layan weyh. Yang penting lirik2nya didedikasi khas untuk Allah dan RasulNya. 

Lagu baru Shahir feat Sham
''Padamu akau bersujud'' membuka tirai

HERO DAH SAMPAI!!!

Itu dia.Hero sudah sampai. Kemunculan Ustaz Azhar Idrus mengundang suasana gawat gamat dan disambut dengan laungan Takbir berulang-ulang kali. Mengalahkan aura seorang Artis. Setiap gerak gerinya menjadi perhatian orang ramai. Ini yang kita nak, Ulama' lebih dihormati berbanding artis. Bertambah mantap lagi apabila Zizan memberi salam dan muncul dari arah belakang pentas. Bayangkanlah, apabila 2 'plawok' di satukan dalam satu pentas.Bertambah riuh suasana. Namun ustaz tetap kool dan menunjukkan dia bukan plawok biasa seperti Zizan, tapi bakat lawaknya digunakan untuk menarik anak muda untuk mencintai majlis ilmu berbanding majlis maksiat. Buktinya, hampir 70 % yang hadir malam itu terdiri daripada orang muda. Yang pakai jubah ada, pakai serban ada, pakai seluar jeans ada, yang mat Rock pun ada. Alhamdulillah. Allah menghantar seorang Ulama' berjiwa muda yang mampu menarik Jaisyu Muhammad ini. Rasanya tak perlu aku menceritakan lawak2 yang hampir membuatkan rahang aku krem sebab kalau aku cerita memang takkan lawak. Kita nantikan saja terbitnya video penuh program ini. Tapi ingat, lawak itu hanya tarikan, yang paling penting ilmu yang disampaikan dan dakwah terus berkembang. Awal slot Zizan berkata, ''Hidung kita (Zizan n Ustaz) sama'' Ustaz membalas ''Hensem aku lagi''. Zizan berkata lagi, ''Ada muka Aaron Aziz tak? (puji diri)'' Ustaz membalas, ''Ada muka Aziz Satar''. Haha. Pendek kata kedua2nya saling berbalas pantun lawak. Sebenarnya Zizan berperanan sebagai pembantu Ustaz untuk membacakan soalan-soalan agama kepada Ustaz untuk dijawab. Dan soalan-soalan memang sangat lawak dan merepek. Sekali lagi ustaz bersikap kool dan menjawab setiap soalan dengan bijak dan lawak. haha. Ada yang ingin bermenantukan ustaz, ada yang tanya berapa meter kereta ustaz waktu pintas dia pada pukul 3 pagi di lebur raya LPT dengan kelajuan 180 km/jam dan banyak lagi lah. Paling best apabila Zizan mencabar Ustaz Azhar bermain gitar letrik Sham. Zizan memang pandai main. Pada mulanya, aku ingatkan Ustaz tak pandai main, rupa2nya dia juga pandai goreng. Terbaiklah ustaz. Memang Ustaz serba boleh. Patut ramai anak muda minat kat ustaz. Sangat sporting. Slot seterusnya ialah game tiru gaya ustaz di atas pentas. 6 orang bertuah terpilih dalam game ini. Macam-macam ada. Ada pak cik terketar2. Ada yang semangat gila weyh. Rugi pulak tak try sebab semua mereka mendapat cenderahati dan telefon sebijik seorang.

Gandingan Mantopp!
Bila Ulama' beraksi
Sempat lagi 'buli' Zizan ambil gambar
Video tak kualiti sangat.Still, enjoy it.

USTAZ LEBIH 'HOT' DARIPADA ARTIS

Slot terakhir sementara menanti detik 12 malam adalah persembahan Shahir dengan lagu Kebahagiaan dalam perpisahan dan juga Akil Hayy yang membawakan 2 lagu termasuk lagu Hambamu (duet dengan penonton).
Apa yang menariknya, tamat saja sesi bersama Ustaz tadi, ramai yang berdiri seakan2 ingin beransur pulang tidak menghiraukan sangat artis yang menyanyi di depan. Risau dengan keadaan itu, pihak penganjur berkata melalui mikrofon. ''Ustaz Azhar akan bersama kita dalam slot terakhir dan mengimamkan bacaan doa akhir tahun''. Saat itu, orang yang dah berganjak keluar tadi kembali ketempat masing-masing dan duduk tanpa perlu dipaksa. Wow, auranya mengalahkan artis. Itulah yang kita mahu, Ulama' menjuarai carta hati masyarakat. Bukan lagi artis.

Akil Hayy feat penonton~Hambamu
Penuh Weyh!!!

Untunglah, aku dapat duduk depan

Dikhabarkan, yang belakang2 tu tak dengar speaker

Ni pulak antara ilmu yang aku sempat perolehi dari sesi soal jawab agama bersama Zizan & Ustaz Azhar
1. Apakah Hukum sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan: !@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....

2. Apakah hukum main bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata...

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan... kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...

5. "Isteri kena hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan juga hiburkan hati suami...dll...

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah...

7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
--> Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...

9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....

10. "Saya suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite 'tak sihat'...=)

11. "Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...

12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...

13. "Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)...

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh..


AKHIR KALAM

Akhir sekali, 2 minit sebelum jam 12, semua hadirin melaungkan nasyid Asma'ul Husna beramai-ramai. Orang semakin mara kehadapan berhimpit-himpit untuk rapat bersama Ustaz dan yang lain-lain di pentas. Tiada Bunga Api, tiada laungan countdown dan yang pastinya tiada perangai tidak bertamadun. Yang ada hanya kalimah Allah, Allah dan Allah. Selesai mengimamkan doa, Ustaz Azhar melaung sekuat hati TAKBIRR!!! dan disahut dengan kalimah AllhuAkbar dari seluruh pengunjung dan mampu menggegarkan Shah Alam pada malam itu. Dan mungkin juga boleh kedengaran oleh kawan2 yang tengah bersorak-sorai di I-City Shah Alam. 

Bersama sahabat2

Semoga Allah memberkati kita semua. Amin

Program ini sememangnya satu pengalaman yang cukup manis dan indah. Kali pertama menyambut tahun baru diluar rumah. Melihat gerombolan manusia (dah macam naik haji dah) yang ingin menyambutnya dengan cara Islam dan bertamadun. Sudah bosan dengan cara Jahiliyyah yang lama. Dengar kata, di I-City hanya sekitar 1000 orang saja yang ada. Wallahu'alam. Semoga kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan tergolong dalam barisan-barisan utama tentera Nabi Muhammad, tentera Islam dan tentera Allah. 

SELAMAT TAHUN BARU 2012



Rumah Desa Siswa
BB Bangi Selangor
1/1/2012
1.20 pm



Love to hear what you think!

0 orang bising:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...