Subscribe:

Wednesday, October 5, 2011

::Al-Fatihah:Satu Permulaan::

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Dengan lafaz yang terungkap dan terzahir melalui tinta siber, maka bermulalah semula fungsi blog ini setelah sekian lama terkubur beberapa babak yang lalu. Namun, yang lalu itu biarkan berlalu, semoga yang dihadapan ini bakal melakar lembaran baru yang lebih bercahaya malah bukan sahaja bakal menerangi si pemilik hati tapi berharap agar ia memberi warna yang berbeza kepada si pembaca yang masih mencari-cari disebalik dunia maya yang semakin melalaikan penciptanya sendiri. Asif jiddan sahabat-sahabat sekalian, bukan bermaksud untuk berpuitis atau berbunga bungi dalam melakar tinta (yang pastinya kalau yang membacanya adalah pakar bahasa atau sekadar celik sastera, maka mereka akan ketawa lantas berkata-APALAH YANG DIA MEREPEK NI) ~hehehe
ok cukup setakat disitu canda mesra kita. Berbalik kepada cerita yang sebenarnya. Blog ini telah pun lama wujud di dunia penuh dengan kepura-puraan ini dan di episod yang lepas ianya hanya menceritakan serba sedikit mengenai hidup dan kehidupan sebagai orang yang beragama dan paling banyak membicarakan peribadi diri yang tidak perlu untuk dikongsi dengan semua orang diseluruh dunia kerana ana yakin mereka juga ada cerita masing-masing dan pastinya tidak peduli pun apa yang ana buat setiap masa (kecualilah ana ni artis/tokoh popular). Jadi, menyedari hakikat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong itulah, ana kembali dengan nafas yang baru (baru gosok gigi) untuk memanfaatkan waktu, idea dan segala ruang yang tersedia di hadapan mata untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan ana sebagai seorang pemuda yang dihatinya ada Islam dan dijiwanya ada semangat membara untuk menyampaikan Islam. Mungkin ana tidak mampu untuk memegang senjata berhadapan kaum Kuffar di bumi Anbiya' Palestin, tapi ana masih mampu melaksanakan peranan sebagai individu Islam berbekalkan laptop yang tak cukup RAM, line internet yang kadang2 slow dan sedikit cebisan idea serta ilmu yang dicedok dari pelbagai sumber. Bukankah Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok yang bisu di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Jadi doakan matlamat ana berjaya kerana para sarjana pernah berkata, masalah besar yang sering melanda manusia untuk beramal adalah ISTIQOMAH/KONSISTENSI.
Ok tipu~ para sarjana tidak pernah berkata sedemikan, tapi bagi ana, memang masalah untuk istiqomah dalam sesuatu hal itu sering menghantui hidup ana. Jadi semoga kita semua mendapat manfaat dari blog ini. (itupun kalau sudi nak baca entri2 ana selepas ini.. huhu)







Love to hear what you think!

0 orang bising:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...